jejakatidakbenama wrote:ptptn1 wrote:n3ls0n wrote:status dalam permohonan saya adalah berikut:
STATUS: Permohonan pembiayaan pendidikan anda telah diterima dan semakan status permohonan boleh dibuat selepas 5 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan.
saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan semakan status permohonan ?
adakah ini bermaksud semakan sama ada mendapat tawaran atau tidak?
sekian, terima kasih
semak status permohonan adalah semakan bagi memastikan sama ada permohonan tuan berjaya dihantar dan telah diterima.
bagaimana hendak memastikan permohonan berjaya dihantar atau tidak?
jika permohonan berjaya dihantar akan dipaparkan makluman berkenaan permohonan tuan berjaya dihantar pada tarikh permohonan dihantar. Selepas permohonan berjaya dihantar, pemohon diminta untuk tidak login semula sehingga tarikh kelulusan. Ini kerana, jika tuan login semula dan melihat semula data yang telah diisi dengan klik butang seterusnya tidak klik semula pada butang submit, permohonan tuan tidak akan diproses kerana sistem permohonan mengganggap tuan membuat perubahan dan tidak menghantar semula permohonan. Tuan juga boleh menyemak semula dengan ptptn status permohonan tuan.