MENGENAI SAD SPT
Kenapa SAD SPT dibangunkan
Bagaimana menyalurkan aduan
Proses aduan dikendalikan
Kerahsiaan butiran peribadi
Kenapa SAD SPT dibangunkan

Keperluan untuk mewujudkan Sistem Aduan Dalaman (SAD) adalah merupakan perkara utama yang ditekankan dalam terma rujukan kawalan dalaman sebagaimana yang dinyatakan dalam Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 1998. Berdasarkan terma rujukan ini, tindakan untuk mengawas dan mengatur langkah-langkah kawalan dalaman dalam pelaksanaan tugas-tugas penyeliaan bagi mencegah sebarang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah perlu dilaksanakan oleh semua jabatan. Sehubungan itu, adalah menjadi keperluan kepada semua jabatan/organisasi untuk mempunyai mekanisme kawalan dalaman khususnya dalam mewujudkan Sistem Pengaduan.

Di dalam usaha memantapkan penyaluran aduan/laporan berkaitan kesalahan tatatertib, Sistem Aduan Dalaman Sektor Pengajian Tinggi ini dibangunkan. SAD yang praktikal dan baik akan menjadi pelengkap kepada kawalan sistem aduan sedia ada. SAD SPT akan dapat meningkatkan imej Kementerian dalam mewujudkan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah.

Kepentingan SAD SPT

  • Menjadi sistem penyaluran dan pengendalian aduan yang cekap dan teratur. Pegawai Kementerian mengetahui saluran aduan yang betul dan pihak pengurusan jelas tentang tatacara dan bentuk tindakan yang perlu diambil
  • Memberi keyakinan kepada pegawai untuk menyalurkan aduan berhubung penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah dengan lebih berkesan
  • Memudahkan pihak pengurusan bertindak terhadap aduan yang dikemukakan
  • Membolehkan sesuatu aduan diselesaikan secara dalaman Kementerian dengan lebih baik (tanpa perlu melibatkan pihak ketiga).