• Sistem Pengiktirafan

    KELAYAKAN

    PERKHIDMATAN AWAM

Pengenalan

Kelayakan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf adalah menjadi salah satu syarat utama untuk pelantikan dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dinyatakan dalam skim-skim perkhidmatan. Perkara 17 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 ada menyatakan:


Jika ada keraguan dalam mana-mana skim perkhidmatan atau iklan kekosongan tentang maksud kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan bidang yang dikehendaki dalam skim perkhidmatan, perkara itu hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam untuk penentuan.”

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2002 bertajuk "Senarai Kelayakan yang Diiktiraf oleh Kerajaan Yang Perlu Digunakan Dalam Urusan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam". Pekeliling berkenaan memaklumkan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) perlu menyemak status pengiktirafan kelayakan calon-calon dalam urusan pelantikan ke jawatan-jawatan dalam Perkhidmatan Awam seperti yang disyaratkan dalam skim-skim perkhidmatan.
 

Pengiktirafan kelayakan dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara adalah melibatkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman web (https://app.mohe.gov.my/iktiraf). Cetakan dari laman web tersebut boleh digunakan untuk tujuan permohonan dan pelantikan (oleh Pihak Berkuasa Melantik) jawatan dalam Perkhidmatan Awam. Selain itu, ianya boleh digunakan bagi tujuan penajaan/pinjaman pengajian atau pendaftaran dengan agensi Kerajaan termasuk pendaftaran bidang dengan Kementerian Kewangan.


Bagi pengiktirafan kelayakan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D, Kerajaan telah menggunapakai dasar sedia ada seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2009.