• Sistem Pengiktirafan

    KELAYAKAN

    PERKHIDMATAN AWAM

Kelayakan Bidang Dari Luar Negara

Kelayakan Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Sains Am dan Sains Kesihatan


Kelayakan Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Sains Am dan Sains Kesihatan dari luar negara adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:


  • Pengiktirafan diberikan kepada Ijazah Pertama yang dijalankan secara sepenuh masa di kampus universiti berkenaan.
  • Pengiktirafan ini tidak melibatkan Ijazah Pertama yang dijalankan secara Ijazah Berkembar (Double Degree) atau Ijazah Pelbagai Bidang (All Other Streams Degree)
  • Bagi kelayakan/program pengajian profesional, pengiktirafan adalah mengikut perakuan dari badan profesional yang berkaitan.

  • Senarai kelayakan boleh disemak melalui laman:


    Kelayakan Pendidikan Dari Amerika Syarikat

    Kelayakan Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan dari Institusi Pengajian Tinggi di Amerika Syarikat adalah berdasarkan senarai National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) yang diberikan kepada program sepenuh masa yang dijalankan di kampus universiti berkenaan.