Info eSAS
Latar Belakang eSAS
Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan (PKPK) ini telah diluluskan untuk dilaksanakan pada Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bil.1 dan 2 pada 16 Jun 2020. Bermula tahun 2020, Unit Audit Dalam, KPT telah melaksanakan pengedaran borang senarai semak penilaian kendiri pengurusan kewangan dengan menghantar secara emel dan menggunakan kaedah google form bagi menangani urusan pengedaran dan penerimaan semula daripada bilangan PTJ yang banyak. Borang yang telah lengkap diisi dan disemak oleh ketua jabatan akan dikembalikan kepada Unit Audit Dalam, KPT juga melalui google form. Hasil penilaian self assessment dari PTJ akan dikira secara manual menggunakan aplikasi excel. Keputusan analisis markah hanya dapat diakses dan digunakan oleh juruaudit sahaja. Sistem eSAS dibangunkan dan dilaksanakan penggunaannya pada tahun 2022 bagi menggantikan sistem PKPK yang menggunakan aplikasi google form yang mempunyai banyak kelemahan terutama dari segi pelaporan dan pengiraan markah yang akan dibuat secara manual manakala perekodan data juga tidak dapat dilaksanakan secara sistematik dan teratur. Pembangunan sistem eSAS telah bermula pada Jun 2021 dimana Unit Audit Dalam dan BPM KPT telah memulakan kerjasama perkongsian pintar sistem penilaian kendiri pengurusan kewangan iaitu sistem ezSNAP dibawah Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai sistem penilaian kendiri pengurusan kewangan yang komprehensif. Sistem eSAS memantau prestasi pengurusan kewangan dan ICT di setiap PTJ di KPT secara dalam talian dan melalui sistem ini, prestasi pematuhan setiap elemen kawalan pengurusan kewangan dan ICT bagi setiap PTJ di bawah KPT dapat dinilai secara real time. Objektif eSASMembantu Pusat Tanggungjawab (PTJ) menilai pematuhan terhadap setiap elemen kawalan pengurusan kewangan di PTJ masing-masing serentak di semua PTJ secara dalam talian. |